My Wish..

Memang dari aku kt UTM lagik, aku sedar sesuatu...

Kalau aku hajatkan sesuatu tu, mcm tak susah aku nak dpt. Macam tak susah.... Tp susah aku? Mungkin org tak tahu kn? Hehehe....

Contohnya, macam tak susah aku nk masuk UTM. Amik course yg aku mintak (aku nak course lain.. tp dh mls, course tu je la yg mampu. Hohoho).. Mcm tak susah.. Sbb aku tak pernah missed tgk tv.. Aku bukan jenis pi skolah buat study group. And kt rumah byk lepak. Tapi stail aku, aku bgn mlm n study... Aku suka bgn kul 3 pagi n study. Aku praktik kn jgk kt UTM..... Tp tak slalu la. Tp mmg kerap jgk la.

Resepi aku senang je. Study tetap kene study wpn tak bersungguh sgt pn. ;p. My bad. I know, tapi aku tak buat apa2.... Aku selesa mcm tu kot.... Tp aku pn bkn jenis ambitious bebenar. Aku buat mana yg aku larat n aku dpt mana yg aku hajat. Yg aku hajat tak brape tinggi menggunung pn. Kira play safe la kot. :D...

Lagi satu. Mcm cheat jgk la kalu main game. Apa2 aku akan mintak berkat doa mak aku. Ya Allah, memang mujarab. Cuma lepas dh kawin ni, aku takdela mintak dh. Malu plak... Hehehehe.......

Lepas study, tak lama pn aku menganggur. Lepas tu dpt kerja. Dlm sebulan mcm tu kot. Kira duit simpanan time study masih berbaki, tak lama tu dpt kerja... Pstu mak bapak aku plak kt KL.. So semua sgt mudah bg aku. Nothing challenge my ability. Dan mungkin jgk, aku ni ability takat tu je. Tgk kawan2 yg bersusah payah sewa rumah, duit tak ckp bagai. Gua tabik spring sama lu beb! Gua mungkin tak mampu mcm lu..... Tp eventually. Things progressing kot. Bit by bit, i learned to stand on my own.. Aku rasala. Tp aku rasa, byk lg kekurangan aku kot? Hehehehe. Sbenanye kwn2 aku pn. Dlm diorg tak sedar, atau mungkin diorg sedar, ada juga pertolongan dr Allah....... Kalu takde, takkan la diorg mcm apa yg diorg ada sekarang. Betul tak? Sebetulnya kehidupan kita ni byk kerana diberkati olehNya. Kita itu la kesimpulan aku tentang kehidupan aku. Kesenangan... kelancaran hidup aku byk bergantung dr berkat Dia... Masa aku blom kawin, melalui ibu bapa aku. Kalu ibu bapa aku tak doakan.. Susah jgk aku ase rezeki nk letak. Doa tu kepada siapa? Kepada Allah kn?

Then aku kawin.... Duduk rumah sendiri. Pay bills, bahagi2 ngn hubby aku.... Semua sendiri. Kitrog bkn tak pernah short of cash masa mula2 kawin dlu. Tp kitorg sama2 tekad, takmo mintak ngn parents! Husband aku anak bongsu. So leisure tu mmg ada. Mintak je. Bising tetap bising. Dpt tetap dpt... Hohohoho. Kira blom pernah lg la kitrog mintak ngn parents. Malu kn dh kawin... Rezeki kawin? Aku tak igtla... Tp mcm kitrog dpt bina harta2 rumah tangga la. Walau pun berdikit. Tapi ada jgk lah.. Hehehe..Haa nk abis taip kisah wish ni, br aku teringat apa rezeki kawin kami? Lepas kawin. Kami mmg pokai habis la. Sebab aku ada saving. Tp saving tu aku buat beli brg rumah mcm katil, almari etc. Tv kami tak bli lg. Pakai tv kecik mak aku. Masa tu tv agak mahal n org blom lg bli tv slim2 ni. So mcm tak plan nk pi honeymoon. Ntah mcm mana, ada kwn en. shahrun, bg mcm kupon la. Bkn la free pi honeymoon tu. Tp murah. Berjaya Resort Hotel, semalam cuma RM100 je! So kami booked 2 mlm. And book 1 mlm dekat Kuala Terengganu. 1 mlm plak, Puan Roshda kasik kupon dia, free 1 night. Hohoho. Kami dtg naik air asia. Very minimal punya cost. Dekat KT pn nk mkn apa semua kami jln kaki ja. Hahaha. Transport kn sekali pegi RM10. So nk jimat punye psl kan. Blanje kt sana pn, pakai duit singgit2 yg en. shahrun dpt dr member2 opis yg mcm derma kilat la mcm mana ntah. Hadiah pn dpt gk. Duit pn dpt gk. Siyes. Gile punya terdesak. TP bg kami tu rezeki. Skg nk dpt 1 mlm 100 kt pulau redang? Tak dapek bai. hihihihi....

And then, rezeki anak sulung = aku dpt kerja gomen!!! Dan dpt berita, dpt compensation maternity! Siyes kami hidup agak sukar jgk. 2 bulan aku tak bergaji. Tp masa tu kete pn Kelisa jerk. Pstu sewa umah pn 400 jerk. So very minimal expenses. Masa dlm pantang lak dok umah parents aku... And being me, aku bkn jenis habiskan duit gaji aku setiap bulan. So ada la duit skit utk survival. Alhamdulillah.. Dpt je compensation tu. Tros bli bj Firdaus. Sbb aku bli sikit je bj dia. Pstu topup2 ngn bj yg org bg. Tp mmg tak ckp. Seingat aku dlm 7 helai je mcm tu. Tak lama dpt duit tu, raya tak silap aku. Aku pn habis pantang. Aku bli bj raya aku n hubby. Mmg tak sangka raya tahun tu dpt bli bj raya!! Terharu sgt... Dh la dpt keje gomen.. Masa tu mmg wish nk kje gomen. Mcm relaks skit la kononnya. Ada masa dpn. Ini keje kontrak. Gj mmg byk, tp kalu meletup ka apa ka, depa tak byr. Pstu kalu depa tak suka depa leh buang. Kita tak secure la. Konon keje gomen tu secure. Pstu ada pencen. Ada house loan. etc......

Alhamdulillah...... Bg aku, aku dpt keje gomen ni, 1 (aku ada cheat jgk mintak mak aku doakan. hihi), 2 of cos mintak hubby aku doakan. and 3.. Rezeki masa interview aku pregnant. N masa dpt result aku br pas bersalin. :D.....

Next big rezeki... Aku dpt WSK... Mmg rezeki aku pregnantkan Hafiy. Patutnya kitrog dpt kete tu lmbt. Sebab on que. Masa tu mmg Honda City tgh hot on sales la. Kene que berjela2. Kiranya mcm melewati dpt hafiy br dpt kete la. Hafiy lahir patutnya on June. Dpt around june mcm tu la. Tp aku dh tau aku ni jenis bersalin awal 2 minggu. Mmg tepat2 awal 2 minggu pn aku bersalin. Wpn WSK tu liability. Tp dlm masa yg sama bg aku tu rezeki jgk. Wish kami suami isteri nk kan kete yg besar skit. Tp takmo yg besar gabak mcm MPV. Sbb anak pn br nk masuk 2... And then kete Jepung lak tu. Ikutkan gaji mcm kami berdua ni. Padan kete mesia jelah. Tp dh nama napsu kuda kan. Tak dpt BMW, Honda pn jadikla. Hohohohoho.... Pstu masa preknen kn hafiy, aku bleeding. And pregnancy aku tak brape stabil Silap sikit bleeding. Lasak sikit bleeding. Hohohoho.... Cm tak leh lasak langsung. Skali haify kuar. Mak ai. Lasaknye budak ni. Slagi tak tutup lampu. Kul 12 mlm pn dia bole terlompat2. Huhuhuu... Kira spatutnya just in time je la. Baby kuar, and kete pn dpt. Rezeki kami. Bulan 3 tahun tu, kami dpt kete kami. Sepatutnya dpt Dlm Mei/June mcm tu. So aku treat tu as rezeki anak kedua kami. Muhd. Hafiy. Alhamdulillah. Paling terharu, masa en. shahrun hantar aku nk beranak, naik WSK. Masa amik aku pn naik WSK. Terharu oh. Hohohohohoo... Bg org lain mgkn tu perkara biasa kot. Tp bg aku tu sesuatu yg aku treasure sgt feeling tu. :D....

Mula2 aku mcm tak perasan benda ni. Mcm anggap just gitu2 jela. Takdela mcm serius. Oh betul la ni rezeki baby. Kalaupun aku ckp. Hati aku takdela mcm yakin sgt. Mgkn dh tu rezeki dh Allah nk bg. Kebetulan lak masa tu dpt baby....

Tetibe, aku pregnant anak ke3. Ya Allah. Siyes tak jangka weih. Dgn aku busy nk gile starting SMOKU tuh. Smpai la ke awal tahun. Ngn pi sana sini bagai. Ngn buat pregnancy plan - takmo mengandung until 2013. Bia la stabil skit kot. Mcm gj skg ckp2 ja. Kalu 2013, gj dh naik lg. InsyaAllah selesa la skit nk tambah lg 1 kn. Tapi ketentuan Allah... Sapa nk duga. Actually, en. shahrun test je. Ada la sekali tu .Aku igt sgt. SEKALI!! je kot. Hohohoo. Aku mcm pelik. Selama ni aku mcm tak rasa. Tp 1 hari tu kenapa aku rasa. Kali2 lain mmg en. shahrun takda nk buat lawak mcm tu la. Tp dh nama rezeki. Sekali pn jadi! Hohoho... ops.. terbocor rahsia.. ehehee. Bila org tanya masa tu kekanan ka kekiri ka? Ya lah, diorg nk aku dpt baby girl..ehehehe. Mana lah aku igt. Cuma aku igt masa tu aku mcm. Eh, aritu kata taknak baby. Ni boleh main2 mcm ni lak ek. Hahahah. Skali kau menjadi baby. Huhuhuhu......

Mmg surprice sgt......

Tapi ntah la ek. Kalu 2 kali tu mgkn kebetulan. Kali ketiga. Aku tak rasa kebetulan dh. I'm pregnant 3rd baby. And now, planning to switch to new house. Aku mmg niat la. Nak cr rumah. Time smyg aku doa, mmg dr awal lg aku kawin. Aku nak rumah teres pn jadi la kalu tak dpt banglo (kenapalah tak doa dpt banglo kn? kui kui kui) Like i said, aku takkan too ambitious. Hehehe. See? Aku mmg org nya tak ambitious. Play safe ja...... Dgn tak semena2. Allah mudahkan urusan kami utk jual rumah sedia ada. And beli rumah baru yg teres. Coincidencely, masa kami dh settle semua urusan pembelian - aku pregnant! Actually, blom settle lg. Aku kene settle loan application first. Tp almost 100% saving aku dh dikeluarkan utk tujuan pembelian rumah baru ni. Allahuakhbar.......

Tu jela aku nak share. Kiranya. Betulla org kata. Kawin ni ada rezeki... Dpt anak pun rezeki. Tok sah risau la kot takot tak mampu nk bela anak tu. Sbb rezeki anak tu Allah yg sediakan. Tinggal kita yakin ke tak je. Tp jgn la sombong kot. Mentang2 org kata rezeki dh disediakan. Kita pn buat dek je. Doa tetap kene doa. Doa sgt penting kot.... Hehehehe...

So sekian sahaja slot RESIPI KEJAYAAN.. renung2kan. dan selamat beramal.

Tetibe nk tulis psl ni plak. Hehehhe. Tp ada suara2 tak kasik aku post. Takot aku mcm ala2 riak plak.. Huhuhuhu... Tp aku bkn riak kot. Cuma point aku, hidup aku. Perjalanan hidup aku... Banyak bergantung dr Dia!... Dia yg tentukan... Aku sedar semua tu... Allahuakhbar!....

Wallahualam. Semoga hidup ini masih dlm lindungan rahmatnya. Amin...

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

fazi said…
tu br sekali.. kalu 2 kali.. kembar terus.. hahhahaha..lawak la ko...
misshannan said…
Tu namanya keberkatan hidup.
Rezki kita dh tuhan tulis sapa pun takleh ambil.
Lepas ni doa rumah banglo ada kolam renang skali.
Siti Fatimah said…
moga masin mulut ko nan...amin....

tp ni semua keduniaan kot kn? ambitiously me....sepatutnya lebih ambitious di alam akhirat kot? wallahualam....

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed