Aku Dah Penat

AMARAN: ENTRY ini merupakan entry emosi. Tak suka, tak yah bc!

Hehehe..

Emosi la sgt.... Tgh menunggu detik2 nk balik rumah, lalu masak nasik dan menunggu suami balik bawak lauk - aku pose ganti harini. InsyaAllah, kalau berjaya atasi harini, tinggal sehari lagi nk ganti. Hopefully nk ganti khamis ni.. Tapi ada meeting.. Ada meeting = ada makan. Hohoho

Tgk ni... Mcm filem korg perasan tak? Beza takyah kumpul pelakon. Takde pengarah cinematografi.. It's a true story...

 


Semalam borak ngn laki aku.Kami berlainan pilihan.... Namun kami takleh nk deny perasaan sayang antara satu dgn lain.

Aku hormati pilihan dia. Cuma aku nk dia mengundi. Sebab undi tu masa depan. Kalau dia takmo pilih apa yg aku pilih takpe. Dia ada justifikasi dia yg mungkin aku takkan paham. Yg penting dia mengundi. Demi anak bangsa dia. Kalau dia rasa itu pilihan yang tepat. Silakan. Aku sokong 100% yang penting mesti mengundi ok?

Aku dh mls nk ckp byk. Kalau sesiapa pun dok hadap ngn aku mcm2 kekotoran dan kebodohan BERSIH la PKR la Anwar la Azmin la. Ada aku kesah? Aku dh byk kali explain kenapa kenapa kenapa. Tapi aku dapati takde sape pun nk dgr pn. Pndang sinis adalah.

Tak kisah la tu.. Yang penting. Aku takmo dh gado2. Aku takmo bersengketa sbb kn hal ni. Sdg kn aku ngn laki aku pn tak gado, ngn org lain aphal lak aku nk gado. Wht the heck.

Tapi aku tegaskan di sini. Smpai ke hari ni, aku tak nmpk SEBAB aku patut tuka mind set aku lagi,... Aku bkn tutup mata aku tutup hati aku. HARI2 EN. SHAHRUN BUKA TV3, buletin utama ok... TAPI AKU NMPK apa yg tak kenanya... TAPI aku takleh nk sampaikan. Sebab aku dh penah banyak kali cuba memang tak smpai. Nanti jd gadoh. Jadi emo. Lg tak best......

Tapi ayat2 siko tu keluar lah jgk kn. Hohohoo..

Semalam aku ckp lg ngn en. shahrun..

"you jgn risau, sampai mati pun, i takkan ubah pendirian i. (InsyaAllah dalam hati).. Sekotor mana pun pihak 1 lagi tu, diorg akan menang. Smpai kiamat pn diorg akan menang. Pendirian i tak ubah pn diorg akan menang! Dun worry..."

Pstu dia reply:

"Kalau cmtu i takyah la undi, sebab dh tentu menang.,."

Pstu aku reply balik:

"Tu tgjwb u thdp anak2 u, generasi depan u, kalau dh tu yg u fikir, terpulanglah. i ckp byk pn tak guna... tp tgjwb ni kalau tak buat/abaikn dosa. mcm u dok paksa2 i bayar zakat gk. i dh smpaikn. u takmo ikut terpulang..."

Pstu dia ckp:

"Dh kalu i pi undi, u siko i balik... malas la i nk pi undi"

Aku pun ckp la

"tu dulu time i pn jahil gk.. skg ni, i ikhlas, apa sj pilihan u, it's up to u.... tapi jln kn tgjwb u tu je. dn i nk u tau, i mmg takkan ubah mind set i..tu je.."


Tak habis kt situ. Tp improvement nye. Dh tak panas2 dh. Dh tak gado2 dh. Tp psl politik ni kitrog jrg la panas2. Tapi kalu aku meroyan kt blog apa semua tu - ha tu en. shahrun panas. Hehehehehe. Bg dia, aku pn bkn bagus sgt nk ckp mcm2 kn.. So tu aku slow down skit. Lgpn bila aku kaji balik. Mmg tak kemana pn kata2 aku ni. Aku bkn nurul izzah. Hohohoho..

Cuma 1 la. Aku compare - anak2 Anwar, Anwar dan Azizah - Mula2 compare ngn keluarga Mahadhir -compare cara kehidupan, pakaian, sekeliling, pembawakan, pakaian, cara makan minum. Anwar ni sgt sederhana - makan pun kt warung tepi jln tak kisah. Bini pakai tudung. Anak2 pun (anak2 dia, hampir sebaya dgn aku adik beradik) kadang2 pakai lebih kurang sama dgn aku pakai! Aku mmg la tak miskin, aku aku bkn la kaya raya. Tgk family Mahadhir. Ni aku tgk dlu tau masa tahun 1998. Tgk cara Mahadhir bwk diri, cara dia cerita tempat mkn yg best. Dia mkn tmpt yg sedap2, grand2. Anak2 jrg lepak ngn dia laki bini. Sibuk blaja oversea - Nurul Izzah blaja dekat uniten je. ;p... Pstu tgk paklah cemana, anak2 dia cemana. Semua jenis mcm ada kedudukan. Tak sama langsung dgn org kebanyakan. Tgk najib pulak. Tgk jela jenama beg tgn bini dia! Anak2? Mmg skolah kt oversea dr kecik...!

Tiba2. Golongan socialist - suci murni tulus ikhlas. Golongan bersederhana - main ngn pelacur. Aku takleh trime dow. Wpn ada gmbar. Ada video....

Ada kwn aku ckp ngn aku- MANA ADA ORG SGGP TANGGUNG DOSA SEBAR FITNAH PALING SERIUS MCM NI? - Fitnah ke smpai sanggup sumpah laknat bagai? Dose tu, bwk ke akhirat tau! Org yg sebar ni msti ISLAM kn? Kalau dh melayu, mesti islam kn? Apa India ngn Cina nk peduli kn?

Ada betul nya jgk kwn aku ckp tu.... Tapi still, aku takleh accept...... Sorry... :(....

Tapi aku sokong pembangkang bkn sebab Anwar lg - Sebab aku nk pembaharuan jer. Sama jgk, nanti katelah PKR menang (Which i must say - NEVER HAPPEN! kalau mind set MALAYSIAN masih tak berubahlah -well see about this la kn.. :D) Katelah PKR menang, BN jadi pembangkang. Kalau PKR buat taik. Hapus kan PTPTIPU contohnya, tapi buat dasar baru PINJAMAN BANK UTK STUDY - contohnya... 5 tahun lg, PRU lagi kn. Aku undi plak BN. Mcm tu. Kira mind set aku, kalau pembangkang menang - takdelah Pihak Kerajaan akan rasa kuat. Kalu dh jadi gomen for 50 years. Kompom lah takkan kalah... Takde istilah SOLE POWER lg dh. Rakyat akan jd the main POWER nye. Tu yg aku fikir la. Org lain mgkn lain kn?

Bg aku ni mind set Negara Maju. Betul, negara maju byk masalah dr segi sosial. Malaysia pun tak ketinggalan jgk. Tapi kita kene realise, rakyat mesia ni sgtlah setia. Tapi mind set tak terkeluar lg dari negara dunia ketiga! Sebab kita masih tak boleh terima sebarang perubahan. Dan kita masih kata, kalau tak undi kerajaan, kita bagaikan kacang lupakan kulit..... Padahal hak tu kt tgn kita? Now, this get me thinking.. WHY kerajaan tak nak ubah mind set ni? Mind set sebegini tak salah, tapi bg aku mcm terpenjara, mcm terikat kaki...

YG aku nmpk. Mcm contoh la... Nelayan. Ada org kaya bg pinjam boat. Tapi bkn pinjam free - kena bayar sewa - pajakan ikan ke contohnyakan. Maksudnya owner boat tu dpt gk keuntungan dari pinjaman tu. Tapi Nelayan (Mind Set Dunia Ketiga) terhutang budi dgn Tokei Boat tu - iaitu org kaya. Bg Nelayan, kalau tokei boat takde, Nelayan tak kan boleh turun ke laut cari rezeki. Kt sini Nelayan tu lupa Kuasa Allah. Dr mana sumber rezeki....

See. aku terexplain jgk dlm aku takmo explain tu. Tapi ada nk terima? I'm sure takde. But aku tak kisah. Dah biasa dh. :D.

Alamak dh byk buang masa kt sini. Ada keje. Huhuh. Ok bai. :D

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed