6 Jenis/Ciri Perempuan Yang Tak Boleh Dijadikan ISTERI

Isteri itu pelengkap, isteri itu penyeri. Isteri itu pengubat luka yang lara. Isteri itu penghilang penat dan lelah. Isteri itu segala yang manis, suka dan tawa. Isteri untuk dibajai hingga menampakkan hasil. Bukan untuk disia-siakan. Bukan untuk dihambakan. Apatah lagi Isteri diletakkan ditempat yang paling mulia, walaupun disisi Rasulullah S.A.W.
Iste

Subhanallah.....

 
Dr smlm lg nk wt entry ni. Terasa siut tgk ada org post psl ni kt fesbuk. Terasa bersalah. Huhuhu.

Die kate, elakkan pompuan2 ni jd isteri anda. Dan ciri2 tu sebahagian besar memang aku ada pun. Huhuhu...

Meh aku sharekan lah sikit, share sambil menginsafi diri sendiri.

  1. Perempuan yang Al Anana
    • Perempuan yang suka berkeluh kesah dan sentiasa bersikap tak puas hati. Itu tak kena, ini tak kena. Serba tak kena. Huhuhu.
  2. Perempuan yang Al Manana
    • Perempuan yang suka mengungkit2. Mengungkit2 ni kan boleh mendatangkan amarah dan menimbulkan isu. Huhuhuhu. Aku tau tuh, dh nmpk contoh pn tp ku buat jgk. Ni dh ada, 6 wanita yg harus dielak dr dinikahi. Huhuhu.
  3. Perempuan yang Al Hunana
    • Berkenan dengan lelaki lain. Tp kes aku, wpn aku minat lelaki cm Anuar Zain, Fahrin Ahmad, Remy Ishak ( tp yg ni aku agak geli skit lepas tgk die belakon ngn Umie Aida, tak tau kenapa. ekekekeke), tp aku bkn la nk kawin ngn dorg pun. Tak rela u. bekenan ala2 diorg tu nmpk ensem jela kot. Hehehe. Tapi ase elok elakkan la kot kn. Karang jd fitnah ke mana tau. Kalu piki2, mcm boleh mendatangkan perkara yg tak baik kn. Elok dielakkan la.
  4. Perempuan yang Al Hudaqah
    • Perempuan yg suka paksa suami buat benda yg die mahu/hendak. Kira dlm kes ni, memaksa2 la kan. Kalau suami dh taknak tuh. Wpn for no reason, suami taknak. Lgpn dh lumrah, LELAKI nih memang tak suka di paksa2. Lg dipaksa tu lg lah taknak. Susah weih, bkn senang aku nk cuba elakkan ciri2 ni dr dlm diri aku. Nak2 bila aku ase cm tak adil. Adoihai. Tuhan bantulah aku kejalan Mu. Doronglah aku ke jalanMu Ya Allah. Ya Rahim. Ya Rahman. Amin.
  5. Perempuan yang Al Buraqah
    • Perempuan yang bersolek, lepas tu smpai lalai dgn amalan2 lain. Contohlah, ni yg aku paham la. Contoh sblm nk kuar umah pi keje, tibe2 tebangun lambat. Pstu cm tak smpt nk solat sbb nk mekap dlu. So pilih solat dr mekap. Ataupun, tgh2 bersolek, azan, sepatutnya dahulukan solat, tp sbb sayang nk cuci mekap, tggu la ujung2 waktu br nk solat. Eh wpn tak sama, tp aku suka gk solat ujung2 waktu. Huhuhuhuhu.
  6. Perempuan yang Al Salaqah
    • Perempuan yg kuat berleter. Aku kdg2 je berleter. Tp jarang sgt asenye. Sbb aku tau, buat bazir air liur je. Kalu aku berleter pn 10 ayat aku sebut. Jgn harap 1 pun laki aku nk dgr. Ni memang kompem. So dr berleter, baik aku diam. Sbb bila diam, kdg2 lebih efektif. Kadang2. Heheeh. Tp ni anak2 aku kecik lg, mana tau nnti anak2 aku dh besar. Oh ye, kalu suke merepek meraban kt blog dikira beleter tak? Huhuhu. Br pasan. Huhuhuhu.
Perkara pertama - elakkan nama anak2 aku dgn nama2 tersebut atau seperti tersebut. Nauzubillah. Perkara kedua - setiap kali nk buat perkara cmtu, igtlah kepada enam perkara tuh. hua hua hua.

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Popular posts from this blog

Pulau Tioman

Eye On Malaysia Malacca - 18 Feb 2009