Hai Si Penulis
Hai si penulis Si penulis manja yang pantas dan mudah terasa Jika terus begitu Menulis terus terbuku Tak akan pernah mula menulis lagi Hai si penulis Dari kecil ku suka menulis Besar ku tak bisa menutur laju Kerana menutur laju itu penat Kerana menutur laju itu tidak disukai Hai si penulis Semasa kecil ku aku menulis perihal sebuah bas Bas itu buruk Bas itu dipandu seorang tua Si tua itu pemalas Tidak diselenggara bas nya Lalu bas itu rosak Maka nestapalah penaiknya Kerana tidak boleh ke sekolah Hai sipenulis Tulisan ku itu jadi bahan gaduh ayah dan cikgu Cikgu kata tulisan ku tidak masuk akal Ayah kata cikgu sengaja cari alasan untuk menghukum Sudahnya aku Aku yang keliru Mujur keliruku tak panjang Hai sipenulis Aku sedar itu minatku Menulis dalam kerambangan Tidak perlu tujuan Tidak perlu pujian Hanya menulis Hai sipenulis Namun aku butuh perhatian Biar tidak dinobat anugerah Sekadar perhentian Bacaan segelintir Itu sudah mencukupi Sipenulis yang hambar Namun kehambaran ini tidak dic...