Akulah Hayati Episod 1
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Kisah pasal seorang lelaki berketurunan Minangkabau dari bapanya. Namun bapanya telah berkahwin dengan wanita dari keturunan lain. Telah terbuang. Merantau dan hidup jauh di sebuah tempat bernama Mengkasar. Lelaki itu bernama Zainuddin. Sejak kecilnya Zainuddin dibela oleh seseorang bernama Mak Base, kerana saat dia masih bayi, ibunya meninggal. Kemudian masih dalam lingkungan 5 ke 6 tahun ayahnya yang dari Minangkabau itu pula meninggal. Tapi dia beruntung kerana Mak Base baik. Dan dia dibela dan dibesarkan dengan baik. Cukup belanja walau tak mewah. Setelah besarnya, dia teringin nak kembali ke tempat asal ayahnya. Tertarik dengan keindahan-keindahan alam yang ayah dia ceritakan mengenai tempat asal ayahnya iaitu di Batipuh, Pasir Panjang. Sebuah kawasan kampung. Kalau ikut penceritaan, ada Gunung Merapi. Area situ la kiranya. Memang lawa. Ayahnya suruh balik ke situ, sebab nak suruh mengaji, belajar agama, jadi golongan-go...