Mimpi

Mimpi pelik malam tadi. Tapi hanyalah sekadar mimpi. 

Aku macam kena kawin dengan seseorang. Suasana macam kat kampung, rumah kampung. Ada sawah. Bukan rumah kampung aku, kat Sg Rambai. Bukan juga rumah kampung suami aku, kat Sg Besar. Tak nampak sangat muka orang yang aku kahwini dalam mimpi aku tu. Tapi macam aku terbayang-bayang muka Zulhuzaimy. Apakah? Lawak sikit di situ.

The best part is, Zulhuzaimy ni, dalam mimpi aku tu la, ada adik beradik-adik kot. Dalam drama-drama kan biasanya yang ada kaitan dengan pengantin perempuan adik-adik. Hahahaha. Adik dia is Ungku Ismail Aziz? Apakah lagi sekali? Hahahaha. Ye serius memang terpampang muka Ungku Ismail Aziz dalam mimpi aku tu!

Gilo! 1. Aku dah kawin (and i love my husband so much #tetibe!). 2. Ungku tu muda dari aku! Memang tak lah kan. 

Kiranya dalam mimpi aku tu, nampak macam UIA tak happy. Aku pun tak happy, of course lah! Sebab aku memang minat dia lebih berbanding Zulhuzaimy (which aku tak minat pun! hello!). Kira macam kawin ni, suruhan keluargalah, aku agak macam tu, sebab scene keluarga suruh kawin tak ada pun dalam mimpi. Scene bersanding pun tak ada. Tau-tau dah kawin je. 

So macam dalam mimpi tu juga, aku rasa macam, mungkin sebelum kawin tu, UIA dengan aku ada apa-apa lah. Susahlah hai aku nak bergerak dalam rumah tu, dengan kewujudan UIA dalam rumah tu. Yang Zulhuzaimy ni tak tau pergi mana pulak. Dah kenapa kan? Kalau macam tu baik awal-awal aku kawin dengan UIA jerk. Hahahaha.

Aku tak ingat sangat la apa lagi jadi dalam mimpi aku. Yang pasti tak ada 18sx la ye. Sebab banyak scene aku dalam bilik, UIA kat luar. Keluar-keluar bilik terserempak. Pastu kan, ada satu kelakar lagi. I'm just not myself. Aku macam lawa muda jelita! Hahahaha. Allah, mimpi je kot. Tak yah nak suspicious sangat lah kan.

Dan aku tau, aku sedang bermimpi semasa mimpi aku tu berlangsung. Aku layan je. Best pulak.

Macam tak ada starting, tak ada ending pun. Tak best pun jalan cerita. Tapi sebab ada UIA, terus jadi best! Hahaha.

Dok terfikir-terfikir, sajalah tulis. Kot kot satu hari nanti aku lupa.

Ok tu je. Babai.

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed