Fitrah Lelaki dan Perempuan

First of all, aku tak tulis ni dengan claim diri aku 100% memahami lelaki. In fact, im always still n be learning myself. Seriously, dh lebih 10 tahun, kenal, rapat, sayang, duduk sekali dengan En. Shahrun, aku still belajar pasal perangai dia. Still ada benda yang aku tak faham. Sebagai manusia biasa, aku sentiasa salah bajet. Sentiasa salah telahan. Tapi Alhamdulillah, Allah swt masih lindungi relationship aku dan En. Shahrun. Doa, of cos, sentiasa doa. Agar perhubungan kami sampai akhir hayat kami. Dan kami dpt bertemu di Akhirat kelak. Amin.....
 
Aku tahu, even dah tua nanti, aku dan En. Shahrun (kalau kami masih hidup), tak mungkin akan terselamat. Ujian Allah swt itu sentiasa dtg. Even dh tak fikir anak. Even dh pencen, akan ada susur galur yang dtg. Aku tengok sendiri parents aku, kdg2 kawan2 lain cerita pasal parents diorg, parents in law aku. Kesimpulannya, ujian dari Allah swt tu tanda dia sayang kita and akan sentiasa ADA!
 
So, Ya Allah, dengan menulis pasal ni, aku mohon agar jauhi aku dari perasaan riak mahupun takbur. Tapi aku lebih kepada bersyukur dan refleksi diri ku. Sesungguhnya aku insan yang lemah yang sering dalam sifat kelalaian dan sambil lewa. Allahuakhbar!
 
Pun begitu, aku terpanggil untuk mengomen kisah Emma Maembong dan Zizan Razak! Sorry la beb, unsur2 mamarazzi dalam diri aku takleh nk buang teruss. Wakakaka....
 
Sebab kisah diorg sgt mengingatkan aku zaman aku bercinta dengan En. Shahrun. En. Shahrun kan lelaki, Zizan pn lelaki. Bujang, harus sama.
 
Pertama sekali, lelaki, dalam hidup - walaupun ada awek, biasanya lelaki yang normal. Mereka akan ada priority depa yang tersendiri. Depa sayang awek depa. Dlm masa yang sama depa tak dpt lupakan atau abaikan keinginan depa (sports, hanging out with frens, work, etc), and satu lagi yang utama PARENTS depa. Duluuuu. Aku sgt jaki dengan 2 benda ni. Aku selalu jatuh tmpt yang ketiga. Merajuk? Jauh hati. Perghhhh. Bkn sekali dua ok. Huhuhuhu. Bkn aku nak kata, En. Shahrun teruk. Tapi itu memang lumrah.  Pertama, diorg belum pandai lagi nak bahagi kan masa. Kedua, diorg belum tau macam mana nak handle situasi. Dan diorg pun ada ego diorg sendiri, dan LELAKI, selain ego mereka juga TEGAS! Tp dah dewasa ni, aku sedar. Sebenarnya ketegasan tu ada baik nya.
 
Sebagai contoh - Setia pada parents. Lelaki yang mengutamakan parents, adalah lelaki yang mengutamakan keluarga. Serius. Keluarga adalah penting dan utama dalam hidup mereka. So benda tu, kena cuba terima dan kena cuba adapt sebenarnya. Sayang lelaki tu dalam masa yang sama kena sayang parents dan keluarga lelaki tu jgk.
 
Pasal kerja pulak, ada sebab kenapa mereka utamakan kerja. Untuk apa hasil kerja tu jgk nanti? Cuma, dari masa ke semasa, barulah diorg dapat seimbangkan tuntutan kerja dengan keperluan kita yang perlukan attention diorg. Dan lama-lama kita kena cuba mengalah untuk adapt dgn suasana kena tinggal, urus diri sorg2 tanpa mereka.
 
Pasal kawan-kawan pulak. Ada time, masa dia memang untuk kawan2. Tp akan ada time, masa dia untuk kita. InsyaAllah.
 
Belum lagi campor masa dia untuk beribadat! Huhuhuhu.
 
Itu hal lelaki. Yang aku boleh simplified kan. Tak berapa nak simplified sgt lah sebenarnya. lain2 lelaki lain2 peel sebenarnya.
 
Apa pun. Untuk buat lelaki faham kenapa perempuan buat karenah. kenapa perempuan perlu attention yang tinggi. Ambil masa jugak.
 
Yang paling penting sekali, dalam kehidupan ialah. LELAKI itu sayang kita. Lelaki itu setia dengan kita. InsyaAllah.
 
Well, setia pun subjektif. Selari dengan masa kesetiaan mungkin boleh berubah. Tapi selagi kesetiaan itu tak tergugat, tak wajar sesebuah perhubungan itu----------- well... eheheheh
 
 
Eh. Sibuk je kn? hehehehe. Ntah la. Tetibe rasa nk share knowledge. Semoga Emma dapat berjumpa dengan org yang lebih baik. Begitu juga Zizan, mungkin both of you not meant for each other. Mungkin both of you need time to think on YOU. Whatever it is, hoping for the best for both of you ye. Take care and anggap ini ujian. Mesti ada hikmahnya. InsyaAllah....
 
Ok bai.

--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed