Down Time.

Aku tak sihat.

Start dr ahad lepas. Sakit kepala tetibe. Siyes tetibe je. Sblm tu ok je. Takde apa.

Dh le senin tu kena pi Kelantan. Pegi pg balik mlm. Gilos....

And then sakit tu mmg takberkurangan.

Tapi makan, tdo semua Alhamdulillah ok.Cuma tdo tu mmg tak lena sgt la kot, sbb bila time dia menarik2 tu aku akan terjaga. Hohhoo..

Then selasa tu, En. Shahrun yg baik hati telah bwk aku pi klinik. Hohohoho......

Ps jmpa doktor, doktor check Tekanan Darah aku rendah. 100/60. Rendah ke tu? I dun know. Tp aku penah pi check sblm ni, normal tekanan aku. Masa aku anak dara mmg tekanan drh aku rendah. Tp sejak beranak pinak ni dia naik ke normal la kot... I dun know.

Pstu doktor ckp aku kurang mkn. HAHAHAHAH...Gelak side line je kt doktor. Siyesli. Aku tak pernah kurang mkn kot. Alhamdulillah. Terlebih mkn smpai tahap membimbangkan adalah. Hahahah....

Pstu bila mkn ubat mlm rabu tu. Aku skip mkn ubat tahan sakit n ubat demam. Ubat pening je aku mkn. Sbb mmg gua pening. Ada skali ubat tahan muntah. Aku tak mkn. Hahaha. Mkn B Compleks ngn Ubat Pening je. Boleh? Boleh.. Apa lak tak boleh. Hehehe...

Mlm tu siyesli tdo sgt la lenanya smpai mimpi tah apa2 bkn2. Siang tu ase segar.

So pg ni aku search la apa yg B Compleks ni buat utk aku. Seperti di bawah ye.



Kita memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B Complex.

Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B Complex terdiri daripada:



1. B1 (thiamin)

2. B2 (riboflovin)

3. B3 (niacin)

4. B5

5. B6 (pyridoxine)

6. B12 (cobalamine)

7. Acid folic

8. Asid panthothenic

9. Biotin



Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

So aku saspek aku ni kekurangan darah la kot. Tu pasal low blood pressure n pening2 tu. Ni sume mmg biasa la kalu - MENJADI IBU SUSUAN SEPENUH MASA.. kn? Sbb tu ibu yg menyusu, tak boleh menderma darah.....

So kompem aku akan habiskan mkn ler kot B Compleks tu insyaAllah.

Ok tu je nk share. Ada meeting. K bai.

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah abang

Marwan Khoury - Kel el Asayed