Hari Tentang Cinta
Hari ini hati ini terasa terlalu halus. Bagai butiran kacang hijau menyusuri mulut geguni, keluar dan bertaburan. Jerihnya kalau nak kutip satu per satu bijirin itu. Lalu aku biarkan saja perasaan ini mengalir. Sambil telinga ku membingitkan lagu cinta. Aku tak langsung kebosanan. Malah, jerih ku, sakit ku, pening ku, sepanjang minggu ini terasa reda. Mungkin aku terlalu hanyut dengan Cinta. Tapi tak salah rasanya kalau aku mengaku, yang sepastinya, aku perlukan Cinta.
Kerna Cinta, tak kunafikan, aku seorang yang buta. Aku seorang yang pentingkan diri ku sendiri, dan orang yang kucintai itu. Aku jadi kalah dengan permintaannya. Dan sentiasa aku leburkan permintaan orang lain. Bukan paksaanya, tidak sekali-kali. Tapi hati ku yang pasrah. Hati ku yang tamak. 24 jam yang dianugerahi untuk sehari, rasanya ingin aku habiskan bersamanya. Benarkan cinta ku ini? Aku sendiri tak mengerti.
Aku cuba bertindak adil. Dengan keluarga, kerja dan kawan-kawan. Tapi selalunya, aku tidak bersama mereka. Benak ku memikirkan tentangnya. Gila kah aku? Kurang aku pastikan.
Satu lagi yang sering aku fikirkan. Adakah perasaan ini akan berakhir? Aku harap tidak. Aku amat berharap aku akan menyayanginya keakhir hayat ku. Aku harap dia pun berasa yang sama. Amin ya Allah. Hanya padamu aku berserah.
Kadang-kadang aku mudah lupa. Tak pernah tidak, aku akan menyakiti diri nya. Kadang-kadang aku terlalu emosional, dan aku anggap dia menyakitiku. Kami berselisih faham, kami berjumpa dengan wajah yang kusam. Aku menangis, dan dia dengan terlalu amarah cuba mengawal dirinya. Aku sayu memikirkan situasi itu. Tapi itu tidak boleh aku jamin tidak akan lagi terjadi. Kerana aku dan dia adalah manusia biasa. Kami punya kemahuan sendiri. Kami punya ketidaksukaan sendiri. Aku dan dia pasrah.
Kerna cinta, yang tak pernah dia minta, aku selalu membelakangkan ibu, ayah, adik-adik dan kawan-kawan baik ku. Sejak aku ingin melangkah ke alam perkahwinan. Aku cuba bahagikan masa. Aku kasihan lihat ibuku. Membanting tulang demi aku dan adik-adik. Tangan ku yang laju menaip ini, muka ku dah mula berasa panas. Aku terlalu kejam. Aku pernah letakkan keluarga di tempat ketiga, aku lupakan mereka. Aku jadi seorang yang tak reti nak bahagi kan masa sendiri. Dan aku alpa dengan resam ku yang ku ciptakan sendiri .Ya Allah berdosanya aku. Aku berkerja dan aku beri ibu ku seadanya. Dan selebihnya aku belanjakan utk diri ku. Aku lihat ibuku cuba memberi sesuap nasi utk adik-adik. Dan tak mungkin cukup dengan pemberian aku. Aku hanya membentak di dalam hati, itu bukan tanggungjawabku. Ya Allah, anak jenis apakah diri ku ini.
Dan sekarang, aku cuba pula, bahagikan masa untuk ibuku. Dalam pada itu, cinta masih nombor teratas. Dan walaupun dia tak dpt memastikan untuk ku, bila dia punya masa untukku, aku tetap menunggu. Dalam pada menunggu, aku habis kan masa bersama keluargaku. Aku dapat lihat ibu ketawa, tersenyum. Aku jadi lega dan hati ku jarang membentak lagi. Namun aku terpaksa melepaskan ajakan rakan-rakan. Aku tak punya banyak masa untuk mereka. Perbelanjaan ku pula amat terhad. Aku tak mahu meminta simpati pula dan mengharapkan mereka pula membelanja ku. Jadi aku katakan, aku tak mampu meluangkan masa ku dengan mereka. Tapi ada antara mereka, pastinya kecewa dengan jawapan ku. Maafkan aku semua. Kalau diberikan ruang. Kesempatan. Kita akan berjumpa juga. Insyaallah.
Baiklah, aku dah mula tidak sehalus sejam sebelum ini. Walau tak smpat meluahkan semua. Tapi aku rasa, cukup agaknya untuk hari ini. Aku harap yang terbaik untuk diri kita semua di hari depan. Aku harap aku mati dalam iman ku kepada Agama Allah yang esa. Aku harap aku tidak alpa. Aku rindukan Nya, Ya Allah, Ya Rahman. Ntah kenapa, hari ini aku rindukan Nya. Aku terlalu hina. Entah apa la dosa-dosa ku. Ya Allah ampun kan lah dosa-dosa ku. Tunjukkan lah aku jalan yang benar. Berikan lah aku kekuatan untuk menempuh hari-hari depan ku. Permudahkanlah kematian ku. Moga aku dan orang-orang sekeliling ku, adalah antara golongan yang diredhaimu. Ampunkanlah dosa kami dan suci kan lah hati kami Ya Allah..Amin.

Comments
»
»
»