Tuhan Aku Terbiasa
Tuhan aku dh terbiasa
Balik rumah tv ku menayang wajah-wajah merah kuning hijau
Kartun Kartun Kartun
Menayang tendangan-tendangan padu
Bola Bola Bola
Aku tak tahu lagi apa cerita terkini
Tak tahu lagi siapa hero terhebat
Heroin tercantik
Aku dah terbiasa
Tuhan aku dah terbiasa
Kadang-kadang hati pantas hendak berkongsi rasa
Tapi aku matikan niat
Kadang-kadang tangan pantas menari-nari kehendak hati
Tapi aku padamkan tarian
Aku tak betah lagi berkongsi hati nurani
Marah, Sedih, Kecewa atau apa-apa pun
Tuhan, aku dah terbiasa
Pergi ke pejabat, aku mahu disalami, diciumi dan disayangi
Balik dari pejabat aku mahu ditenungi, dicari dan dibutuhi
Aku dah terbiasa
Aku tak rasa ada yang kurang
Aku bersyukur
Lalu aku buntu
Andai aku pergi dulu, Aku belum betul betul bersedia berdepan dengan realiti aku seorang yang penuh dosa
Tapi kalau mereka meninggalkanku?
Bagaimana harus aku teruskan tanpa keterbiasaan ku?
Allahuakhbar
Buntu.....
Tuhan, sesungguhnya aku telah terlalu terbiasa....
~~ Bersambung - kalau ada masa laa. Hihihi
--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin
--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin
Comments