Jumaat yang barakah

Alhamdulillah.. Alhamdulillah... :D...

Wahai anakku,

Jikalau anda sering suka mengganggap orang-orang lain sebagai musuh, akhirnya mereka akan menjadi musuh kamu Segala tindak-tanduk mu akan mula mencurigai segala tindak-tanduk mereka kerana prasangka mu. Segala pertuturanmu akan bersifat menyindir menyebabkan mereka lebih cepat menjadi musuhmu. Maka elakkan sifat tersebut.

Wahai anakku,
Betapapun engkau benci pada seorang, tangguhlah dulu niatmu untuk memusuhinya. Engkau juga seorang manusia yang penuh dosa. Engkau bukan sekeping kertas putih. Orang yang dibenci mu bukannya sekeping kertas hitam. Kedua-duanya penuh tompok hitam atas putih. Jadi apakah layaknya engkau menganggap si dia lebih hitam dari kamu.

Wahai anakku,
Ingatlah, orang yang engkau benci itu juga pernah melakukan benda baik dan berkata-kata benda baik. Walaupun kata-kata baik dan benda baiknya tidak pada kamu, tapi ada orang lain yang mendapat kebaikan daripada sifat baiknya itu. Ia sebenarnya sama seperti engkau, seorang insan yang memerlukan keredhaan Allah, difahami orang sekelilingnya dan disayangi.

Wahai anakku,
Memang mudah untuk membenci seseorang daripada menyukai seseorang. Membenci seseorang cuma memerlukan satu perkara silap yang menyinggung perasaanmu. Untuk mendapat kasih sayang engkau pula memerlukan beratus perkara baik yang menyedapkan perasaanmu. Jadi amatlah tidak adil engkau terus menbenci dan mencemuhnya kerana satu perkara yang engkau tak suka sedangkan dia pernah melakukan banyak perkara yang baik yang kamu terlepas pandang memujinya sebelum ini.

Wahai anakku,
Ingatlah sentiasa engkau tak betul segalanya. Pihak yang dibencimu tidak salah segalanya. Jangan didorong hasutan iblis yang suka manusia bermusuhan. Ingatlah orang yang selalu teringat hantu, akan sentiasa nampak hantu di setiap penjuru minda mereka.

Ingatlah senyum di hari Jumaat - penghulu segala hari.


--
Regards,
Siti Fatimah Khairiah M Amin

Comments

Popular posts from this blog

Pulau Tioman

Azizah Mahzan